Sunday, April 9, 2023

Rahsia kulit cantik dengan Vitamin Cantik Harga Rahmah

Pernah tak terdetik dalam hati nak kulit cantik, glowing dan dan kulit sihat tanpa sebarang masalah? 

Bila berjumpa keluarga atau kawan-kawan pula, ramai yang menegur kulit anda makin cantik dan minta tips rahsia kecantikan anda. Cuba bayangkan bila ada yang menegur anda begini, mesti rasa diri sendiri melayang-layang, rasa gembira sangat-sangat sampaikan mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang. Terngiang-ngiang jer pujian orang tu di telinga tak tahu berapa hari.

Namun begitu, tidak semua orang beruntung kerana dikurniakan rezeki memiliki kulit cantik semulajadi tanpa cacat cela. Ada antara mereka yang berperang dengan masalah kulit sejak usia remaja. 

Pada awal remaja kebiasaannya muncul jerawat yang tumbuh silih berganti dan ada yang menghadapi masalah jerawat batu yang teruk sehingga bernanah. Kemudian, apabila usia mencecah 20-an, 30-an muncul pula masalah kulit lain. Tahukah anda, masalah- masalah kulit ini akan memberikan kesan yang tidak baik kepada diri anda. Anda akan menjadi cepat stress, berfikiran negatif kerana kurang kenyakinan diri dan malu untuk berjumpa dengan orang sekeliling.

Seperti yang kita tahu, semua orang sukakan kecantikan dan mengidamkan memiliki kulit yang cantik seperti artis-artis yang berkulit gebu. Apabila memiliki kulit yang cantik dan sihat, kita akan lebih berkeyakinan tinggi, lebih berfikiran positif dan dapat hidup dengan lebih tenang tanpa stress.

Oleh itu, shila nak bantu anda semua bebas dari masalah kulit, jerawat, jeragat, kulit kusam dan kulit berparut. Anda tahu tak semua itu boleh diikhtiarkan dengan cara mengamalkan pemakanan suplemen shaklee. Bagi mendapatkan kulit yang sihat, bukan sahaja penjagaan kulit luaran sahaja yang perlu, tetapi penjagaan dalaman juga sangat penting. Jom ikhtiar dengan Set Kulit Cantik Shaklee, bulan ni promo harga rahmah tau.


Promosi Set Rahmah Shaklee


Seperti syarikat-syarikat lain, Shaklee juga tidak terlepas dari menyahut seruan kerajaan untuk menyediakan set rahmah yang mampu dimiliki oleh semua rakyat. Jarang sangat Shaklee buat harga murah berbaloi macam ni tau. 

Terdapat 2 pilihan yang boleh dipilih bagi Set Rahmah iaitu:


Set A: ESP+ Vitamin C




Beli set ni dengan harga RM99 sahaja. Harga asal ESP RM 173 dan Vitamin C RM 115. Dua item ini harga asal biasanya RM 288. 

Tapi Promo Rahmah bulan ni 2 item ni RM99 jer. Fuhh berbaloi kan, bila lagi nak dapat harga murah macam ni.

Selain daripada itu, anda juga layak dapat FREE keahlian Shaklee bagi yang belum mendaftar (Jimat lagi RM35).


Set B: 2 ESP+ 2 Vitamin C




Nak lagi jimat share order dengan kawan-kawan, ambik Set Rahmah B hanya RM 188 jer.

Dapat 2 tong ESP+ 2 botol Vitamin C (sepatutnya RM 99 x 2= RM 198), tapi Shaklee bagi kurang lagi RM10, hanya bayar RM 188 jer untuk Set B. Jadi, nak harga lagi murah ambiklah Set B.

Selain itu, anda juga layak dapat FREE keahlian Shaklee (Jimat lagi RM35) juga FREE postage


Kelebihan kandungan ESP Untuk Kulit Cantik


  1. Mengandungi THIAMINE (Vitamin B1) vitamin anti stress dan mengelakkan masalah jerawat.
  2. RIBOFALVIN (Vitamin B2) bantu untuk mengekalkan kandungan kolagen dalam kulit.
  3. NIACIN (Vitamin B3) mengecilkan liang pori, meratakan tona kulit, melembapkan kulit, dan mengelakkan kulit kusam.
  4. ASID PANTOTENIK (Vitamin B5) bersifat anti radang, mengecutkan jerawat/psoriasis/rosacea.
  5. PYRIDOXINE (Vitamin B6) mencegah kedatangan jerawat semasa haid.
  6. PROTEIN menyingkirkan sel kulit mati dan memperbaharui sel kulit dalam tempoh 28 hari.


Kelebihan Vitamin C Untuk Kulit Cantik


Shaklee menghasilkan Vitamin C dari kanji jagung (Corn Starch) yang merupakan sumber asli Vitamin c.

Menggunakan kaedah Sustained Release bagi membolehkan vitamin c diserap ke dalam badan sepanjang 5 jam untuk memastikan badan anda mengandungi vitamin c di saat anda memerlukannya. Ia bersamaan dengan pengambilan 1.5 biji oren setiap jam selama 5 jam.

Vitamin C Shaklee juga ditambahkan dengan 120mg Citrus Bioflavanoids Complex. Bioflavanoids membantu penyerapan vitamin c yang lebih berkesan. Antara kelebihan Vitamin C ialah:

  1. Mencerahkan dan melembutkan kulit
  2. Menjadikan tona kulit lebih sekata
  3. Mengatasi masalah kulit sunburn
  4. Merangsang penghasilan collagen dalam badan
  5. Mengatasi masalah jerawat
  6. Melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan persekitaran dan radikal bebas.



Testimoni Set Cantik Shaklee

Jom tengok testimoni customer yang dah consume Set Cantik Shaklee. Lain macam effect dia yer.











Teruja tengok effect positif customer yang pernah menggunakan Set Cantik Rahmah Shaklee ni kan. 

Jangan lepaskan peluang yang ada ni, jom cepat dapatkan set cantik dengan harga rahmah sekarang. Promo ni sekejap jer shaklee buat, selepas ni tak tahu la dapat harga murah macam ni lagi tak. Berminat boleh klik terus dekat sini NAK ORDER SET RAHMAH.


Shila, 0199064797

Pengedar Shaklee Kota Bharu

Facebook: Nor Mashila

Instagram : nor_mashila


Penafian:

Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan yang diiktiraf.



Friday, March 24, 2023

Vitamin Dan Suplemen Shaklee Untuk Ibu Hamil

 
Perlukah Mengambil Vitamin atau Suplemen Sepanjang Kehamilan?



Apabila mendapat perkhabaran gembira tentang kehamilan, seorang bakal ibu pastinya akan merujuk dan mencari sumber terbaik bagi bayi yang bakal dilahirkan. Bagi memastikan kehamilan yang sihat, diet seimbang adalah cara terbaik bagi mendapatkan nutrient yang diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan. Justeru itu, ibu hamil disarankan mengambil makanan yang berkhasiat dan mengandungi semua vitamin dan mineral. 

Walau bagaimanapun, terdapat juga sesetengah ibu hamil yang tidak dapat memakan makanan yang mengandungi nutrien tertentu atas faktor alahan teruk, mual, loya dan muntah-muntah diawal kehamilan. Oleh sebab itu, pengambilan vitamin dan suplemen sangat digalakkan bagi melengkapkan keperluan nutrien yang diperlukan oleh ibu dan untuk tumbesaran bayi dalam kandungan. Hal ini demikian kerana, pengambilan vitamin dan suplemen dapat mengurangkan risiko kecacatan bayi, kelahiran pramatang dan kekurangan berat bayi.


Vitamin dan Suplemen yang Penting Untuk Kehamilan Sihat




Ibu hamil disarankan mengambil vitamin dan suplemen mengikut keperluan dirinya atau atas saranan doktor dan ahli farmasi. Untuk bakal-bakal ibu yang keliru nak makan vitamin apa, shila nak suggestkan Set Hamil Shaklee. Bukan sahaja membekalkan vitamin dan nutrisi secara semulajadi kepada ibu, malah tumbesaran bayi juga terpelihara.

Masa hamil inilah yang sangat penting bagi memastikan bayi dan ibu mendapat nutrien baik dan secukupnya. Caranya ialah ibu perlulah memakan makanan yang berkhasiat dan mengambil vitamin-vitamin khas Shaklee untuk ibu hamil yang membantu menyokong tumbesaran janin atau bayi dengan baik.

Set Hamil Shaklee sangat sesuai untuk semua jenis wanita samada yang berkerjaya mahupun suri rumah.  Set Shaklee ini mengandungi kebanyakan nutrisi yang diperlukan oleh ibu hamil. Malah, ibu hamil boleh mengamalkan set vitamin ini sepanjang 9 bulan kehamilan sehinggalah ketika berpantang, menyusu dan sepanjang hayat ibu.

Nutrisi yang penting untuk seorang ibu hamil titikberatkan adalah multivitamin termasuk zat besi, vitamin c, asid folik, omega-3, vitamin D dan kalsium. Malah, Asid folik dan kalsium wajib diambil dari mula merancang kehamilan lagi. Seorang ibu hamil perlu mengambil bijirin dan sayuran hijau yang banyak untuk memenuhi keperluan acid folic, protein dan juga karbohidrat untuk tenaga. 

Kekurangan zat besi akan menyebabkan ibu hamil mendapat masalah anemia yang boleh mengancam kesihatan ibu dan bayi. Bagi ibu yang mengalami masalah kesihatan atau penyakit tertentu, harus meneruskan bekalan ubat yang diberikan oleh doktor. Set Hamil Shaklee tidak berperanan sebagai ubatan atau penyembuh penyakit, tetapi membantu meningkatkan tahap kesihatan dan melengkapkan keperluan nutrisi yang diperlukan oleh ibu dan bayi.


Vitamin yang ada dalam Set Hamil Shaklee




Protein: ESP Shaklee

ESP sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. ESP juga memberikan tenaga kepada ibu hamil terutamanya yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga dapat memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ESP ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah.


Kalsium & Magnesium : Ostenutrix 

Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi. Ibu hamil yang mengamalkan ostenutrix shaklee ini mendapat sumber kalsium yang terbaik kerana ia tidak mengandungi lemak berbanding ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu lain. Kalsium sangat penting untuk membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot, sakit pinggang, lenguh-lenguh, kebas kaki/tangan dan juga bantu atasi masalah susah membuang air besar. Ostenutrix ni wajib diambil oleh ibu hamil yang tidak suka minum susu.


Vitamin B & Asid Folik : B- Complex With Acid Folid 

Vitamin B Complex mengandungi folik asid dan biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon. Vitamin B juga sangat penting untuk pembentukan tulang tengkorak anak didalam kandungan. Sebab itu sangat penting untuk ambik vitamin B-Complex dari awal kandungan. Vitamin B ini juga membantu tukarkan gula berlebihan dalam darah kepada tenaga. InshaALLAH dapat elakkan masalah GDM semasa kehamilan terutama ibu-ibu yang suka makan manis.


Zat Besi atau Iron: Vitalea

Vitalea Shaklee adalah multivitamin dan multimineral yang mengandungi nutrisi bersamaan 40 jenis lauk pauk. Vitalea mengandungi zat besi untuk membentuk semula sel darah merah. Ibu hamil perlu mengamalkan Vitalea Shaklee ni sejak dari awal kehamilan terutamanya ibu hamil yang ada masalah tekanan darah rendah. Iron juga sangat membantu untuk memastikan bacaan HB ibu hamil cantik dari awal kandungan. HB low ni sangat merbahaya kerana ibu hamil berisiko untuk mendapat masalah bayi pramatang.


Omega-3, DHA dan EPA: Omega Guard Shaklee

Omega Guard Shaklee sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Bagi ibu hamil yang ada masalah BP dan kolestrol pun sangat bagus untuk amalkan Omega Guard ni. Ia juga dapat membantu memecahkan lemak di dalam tubuh sekaligus dapat membantu ibu hamil mengawal berat badan dan mengelakkan berat badan naik mendadak semasa hamil.


Vitamin C: Sustained Release Vita-C Plus Shaklee

Sebiji Vitamin C Shaklee bersamaan 7 setengah biji oren dan memenuhi keperluan Vitamin C minima badan iaitu 500mg. Vitamin C Shaklee sangat unik kerana tidak mempunyai pewarna dan pengawet tambahan. Malah, ianya bersifat sustained release dan akan dilepaskan secara berperingkat mengikut keperluan badan kita. Ibu hamil sangat disarankan untuk mengambil vitamin untuk boost immune system. 


Feedback Set Hamil Shaklee

Untuk pengalaman mengandung yang bertenaga dan sihat, amalkanlah Set Hamil Shaklee dengan konsisten. Set ini menyokong nutrisi yang baik kepada ibu dan bayi dalam kandungan. Perkembangan bayi berjalan dengan baik, HB darah ibu cantik, dapat kawal GDM dengan baik, malah ibu makin bertenaga dan sihat sepanjang kehamilan.

Buat ibu hamil di luar sana, jaga diri cukupkan nutrisi badan anda dengan Set Hamil Shaklee. Banyak feedback positif yang kita terima daripada ibu hamil yang mengamalkan  Set Hamil ini.








Berminat nak dapatkan Set Hamil Shaklee ini, bolehlah terus menghubungi shila di 019-9064797 atau boleh klik gambar dibawah ini untuk pautan whatsapp.




PENAFIAN:
Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.


Thursday, March 23, 2023

TIPS KURUS SIHAT DENGAN SHAKLEE

 



Ramai yang tertekan kan bila berat badan makin naik setiap bulan? Rasa macam tak selesa bila berat makin bertambah, perut makin buncit, muka dah nampak double chin, pipi makin tembam dan badan makin cepat penat. Jalan sikit pun dah rasa termengah-mengah, semput. Walaupun dah usaha macam-macam cara untuk kurus, tetapi tidak berjaya dan akhirnya kita pun jadi stress dan putus asa.

Apa jadi bila kita stress? Kita teruskan amalkan gaya hidup seperti sebelum ini. Kesannya, berat badan bukan makin turun, tetapi makin meningkat. Itulah puncanya kenapa kita tidak berjaya turunkan berat badan. Disebabkan gaya hidup yang tak sihat dan kita masih kekurangan ilmu tentang cara pemakanan yang betul.

Jadi, kali ni shila nak share sedikit tentang tips turunkan berat badan secara sihat kepada semua, inshaAllah tips ini sedikit sebanyak dapat membantu korang yang susah nak turun berat badan.


TIPS TURUNKAN BERAT BADAN


1) Latihan/ senaman

Latihan cardio dan senaman adalah yang terbaik kerana ia akan menolong dalam meningkatkan calorie output dan juga menambahkan otot. Pastikan bersenam sekurangnya 3 kali seminggu. Senaman ringan yang elok dijadikan rutin adalah joging, sit up, kayuhan basikal, skipping, jumping dan lompat bintang. Namun, perlu diingatkan bahawa orang yang obesiti tidak sesuai senaman yang lompat-lompat. Ia akan memberi kesan yang bahaya kepada lutut. Lutut akan mendapat tekanan yang kuat.




2) Makan secara kerap

Dengan makan 5-6 kali sehari dalam kuantiti yang sedikit, sistem-sistem badan sentiasa beroperasi dan menjadikan badan sentiasa aktif. Ini akan meningkatkan kadar metabolisme. Kebiasaannya, ramai yang memilih untuk makan sehari 2x sahaja, waktu pagi dan petang. Cara ini hanya akan membuatkan metabolisme badan semakin perlahan kerana tiada makanan yang masuk.

Badan akan menyimpan lebih banyak lemak dan membuatkan selera makan bertambah pada meal yang seterusnya. Ini akan mengakibatkan berat badan tidak akan turun dan badan akan berada dalam mode craving. Oleh itu, makanlah secara kerap setiap 3 jam dengan makanan yang seimbang dari segi protein, karbohidrat sihat dan lemak baik.


3) Minum air kosong secukupnya

Air merupakan kandungan utama dalam badan. Kurang air boleh menurunkan kadar metabolisme. Kita mestilah meminum air masak/ plain water dengan cukup supaya badan lebih sihat dan memudahkan lagi pelancaran nak menurunkan berat badan. Bagaimana nak tahu air cukup atau tidak? Kuantiti pengambilan air sebenarnya bergantung kepada banyak faktor antaranya pengambilan ubat, aktiviti seharian, metabolisme badan dan lain-lain lagi. Sebagai contohnya, orang yang mengambil ubat-ubatan memerlukan kuantiti air yang lagi banyak daripada mereka yang tidak mengambil ubat-ubatan.



4) Tidur yang mencukupi

Tidur mestilah cukup 7-8 jam setiap hari. Jika tidak cukup tidur, kadar metabolisme akan menjadi rendah dan melambatkan proses penurunan berat badan. Banyak kesan sebenarnya jika kita kurang tidur atau lewat tidur antaranya adalah ganguan hormon. Masalah hormon ini juga sebenarnya yang menjadikan kita sukar untuk turun berat.

Selain itu, jika kita suka tidur lewat, perut akan menjadi lapar di tengah malam. Kalau dibiarkan nanti akan jadi gastrik atau sakit perut pula. Tetapi kalau makan di tengah malam, tidak bagus sebab nanti kita akan tidur selepas itu dan ini akan menyebabkan berat badan makin meningkat. Oleh itu, untuk kesihatan, kecantikan, dan nak turunkan berat badan penting untuk cukupkan tidur dan jangan tidur lewat.


5) Jangan hanya kira kalori

Jika ingin mendapatkan result turun berat yang cantik, pastikan kita tahu apa yang kita makan. Jangan hanya mengambil kira soal kalori kerana rendah kalori tidak semestinya sihat ye. Sebagai contoh, salad dan buah adalah 120 kalori, sama dengan 1 keping biskut dan nescafe 3 in 1. Tetapi nilai nutrisi jauh berbeza kerana biskut dan nescafe 3 in 1 mengandungi jumlah lemak dan gula yang tinggi didalamnya dan ini akan menyukarkan penurunan berat badan.

Manakala, sayur dan buah-buahan membekalkan antioksidan dan serat, rasa kenyang lebih lama, melancarkan pencernaan dan bantu penurunan berat badan lebih cepat. Jadi, pilihlah makanan yang rendah lemak, rendah kalori, rendah karbo, tinggi protein dan daripada sumber vitamin yang banyak.


6) Ambik Set Kurus Shaklee


Set Kurus Shaklee


Bagaimana produk Shaklee sangat berkesan dan dapat menjadikan anda kurus? Produk Shaklee untuk kurus adalah terdiri daripada set-set yang akan membuang toksin atau lemak secara semulajadi dan seterusnya dapat menjadikan badan anda lebih sihat dan bertenaga. Terdapat tiga peringkat yang mesti dilalui untuk kurus sihat dengan mengamalkan konsep 3B ( Bakar, Buang dan Bina).





Bakar (Memecahkan Lemak dan Kolestrol)




Lecithin
  • Membantu proses memecahkan dan mencairkan lemak terutama kolestrol supaya mudah dibawa keluar dari tubuh
  • Mencegah lemak dari melekat pada dinding membrane
  • Membantu menghalang pembentukan lemak baru dari makanan yang kita ambil
  • Mengurangkan lemak yang tersekat di pembuluh darah
  • Menurunkan total serum kolestrol dan meningkatkan kolestrol baik (HDL)

Omega Guard
  • Membantu memecahkan lemak lama dalam tubuh seperti bawah kulit, di dalam salur darah dan lemak yang menyelaputi organ
  • Mengawal selera makan dengan menghasilkan hormon leptin yang menyekat selera makan
  • Mencegah salur darah tersumbat
  • Membakar lemak untuk tenaga
  • Meningkatkan kadar metabolisme

Buang (Detox atau membuang lemak dan toksin dalam badan)




Alfafa Complex
  • Bertindak sebagai fiber yang membawa keluar lemak-lemak yang telah dipecahkan oleh Lecithin dan Omega Guard
  • Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  • Membantu asimilisasi makanan dan metabolism protein dan lemak
  • Memgandungi saponin yang bertindak menyerap serat kolestrol
  • Mencuci hati, darah dan usus kotor. Toksin yang banyak dalam badan punca berat badan susah nak turun 
  • Sesuai diambil oleh ibu menyusu kerana ia juga bertindak sebagai milkbooster

Herblax
  • Kombinasi dari tumbuhan yang terkenal secara tradisional membantu masalah sembelit dan pergerakan usus yang tidak sihat
  • Menyingkirkan  toksin dari usus
  • Membantu pelawasan

Bina (Membina Otot)




Cinch Shake dan ESP

  • Memperlahankan aliran makanan dalam usus yang menjadikan kita berasa kenyang dengan lebih lama dan kurang makan
  • Mempunyai Index Glisemik yang rendah. Makanan yang mempunyai nilai GI yang rendah akan membebaskan glukosa dengan perlahan-lahan dan akan meningkatkan glukosa dan hormon insulin secara berperingkat ( kandungan GI ESP: 39/ Cinch Shake: 22)
  • Mengandungi leucine yang dapat menjaga tisu otot ketika proses penurunan berat badan (Kandungan Leucine dalam Cinch Shake lebih tinggi dari ESP

Berminat nak dapatkan Set Kurus Shaklee ini, bolehlah terus menghubungi shila di 019-9064797 atau boleh klik gambar di bawah ini untuk pautan whatsapp.




PENAFIAN:

Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.


Thursday, March 9, 2023

Rawat Masalah Resdung Dengan Set Resdung Shaklee

Apa itu Resdung?

Resdung atau Sinusitis ialah keradangan dan bengkak pada rongga sinus yang disebabkan oleh bakteria, virus, atau kulat. Rongga sinus ialah perlindungan tahap pertama (first line defense) kita dari jangkitan. Di sinilah tempat untuk keluarkan mucus dari badan.


Resdung yang kronik berlaku apabila rongga dalam hidung dan rongga sinus membengkak dan meradang selama tiga bulan atau lebih lama, walaupun setelah rawatan diberi.


Punca kenapa terjadinya resdung?

Orang yang mempunyai masalah resdung biasanya disebabkan oleh imun yang oversensitif terhadap Alergen. Sejenis kompaun Histamin dikeluarkan berlebihan dalam darah. Histamin inilah yang akan menyebabkan simptom resdung berlaku di sinus.

Sinus mudah untuk mendapat radang. Jadi, apabila sinus ada radang, sinus akan dijangkiti kuman dan hidung akan keluarkan lendir untuk buang kuman dari badan. Apabila radang sinus tidak dirawat, jangkitan menjadi lebih teruk. Kesannya, sinus menjadi bengkak, lendir tersumbat menjadi makin banyak. Lama kelamaan lendir akan menjadi pekat berbau.

Apabila ramai yang tangguh dan tak ambil kesah dengan masalah resdung. Akibat nya ramai yang dah terkena dan rasa derita resdung dalam diam boleh membuatkan hidung membusuk dan berbau.

Puncanya ? Takpelah nanti la rawat, nanti nanti je lahh. Disebabkan sikap macam ini lah, masalah resdung yang dihadapi akan menjadi semakin parah sebab tidak dirawat daripada awal.


Simptom yang biasa dialami penghidap Resdung



1) Hidung tersumbat
2) Lelehan hingus yang berlebihan
3) Kerap bersin
4) Hingus yang berubah warna dan berbau busuk
5) Pening kepala
6) Bengkak mata 
7) Gatal-gatal di hidung, mulut, dan muka
8) Jerawat susah hilang


Kesan sekiranya masalah resdung ini tidak dirawat dari awal

Sinus yang bengkak tersumbat dan lendir yang ada jangkitan kuman yang banyak akan mula menjadi pekat dan berbau busuk. Kuman resdung ni boleh berjangkit dari rongga sinus ke mata, telinga dan memasuki otak.

Apabila kuman ini merebak, jangkitan boleh menimbulkan banyak komplikasi penyakit kronik lain seperti meningitis selain mata kabur, telinga kurang dengar dan vertigo. Jangat terkejut sekiranya masalah resdung terlalu teruk, anda mungkin akhirnya perlu buat pembedahan yang menelan belanja berpuluh ribu ringgit.


Set Resdung Shaklee

Ada yang nak ikhtiar rawat resdung dengan set resdung Shaklee ni???

Customer-customer  yang dah cuba set resdung ni ramai yang dapat kesan yang baik.

Yang ada alahan tak boleh makan itu ini pun dah boleh makan. Ada jugak testimoni customer yang ada lendir dekat tekak pun hilang. Selain itu, ada juga yang muka berjerawat bernanah pun boleh hilang dengan set resdung ni. Alhamdulillah semuanya dapat kesan yang baik dengan set resdung shaklee.


Cadangan Set Resdung Shaklee

Terdapat 3 pilihan Set Resdung Shaklee. Penerangan setiap produk di dalam set disertakan bersama di bawah 👇

1) Set Resdung Shaklee Basic

✅ Alfalfa Complex
✅ Vitamin C Plus
 



2) Set Resdung Shaklee Popular

✅ Alfalfa Complex
✅ Vitamin C Plus
✅ B Complex



3) Set Resdung Shaklee Optimum

✅ Alfalfa Complex
✅ Vitamin C Plus
✅ B Complex
✅ Nutriferon
✅ Vivix


Alfafa Complex
  • Kaya dengan klorofil untuk membantu mengurangkan keradangan akibat resdung.
  • Melawan alahan seperti hidung atau kulit sensitif dan gatal- gatal akibat resdung.

Vitamin C Plus
  • Agen Antihistamin yang membantu mengurangkan resdung atau alahan.
  • Mengandungi antioksidan yang tinggi bagi meningkatkan antibody untuk melawan penyakit.
  • Membantu mempercepatkan proses penyembuhan tisu.

B Complex
  • Mengandungi 8 jenis Vitamin B yang perlu untuk tubuh.
  • Membantu kesihatan saraf, mengurangkan stress, meningkatkan antibodi, membantu fungsi sistem imun.
  • Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel mati.

Nutriferon
  • Penggalak imun semulajadi yang dicipta oleh Pakar Imun dari Jepun, Dr. Yasuhiko Kojima
  • Terbukti secara klinikal dapat mengukuhkan sistem imun.
  • Menstimulasikan setiap sel di dalam badan kita untuk menghasilkan interferon aslinya sendiri. 
  • Membantu melegakan keradangan dan gatal-gatal.

Vivix
  • Minuman sangat tinggi antioksida yang diperbuat dari ekstrak Anggur Muskadine dan bahan botani lain.
  • Memberi perlindungan kepada sel dari peringkat DNA, jadi ia membantu mengekalkan kesihatan mucous membrane. -Meningkatkan peredaran darah dan mempercepatkan penyembuhan.
  • Meningkatkan sistem imun, mengurangkan keradangan, mengurangkan kekerapan demam dan selesema, melindungi dari jangkitan.

Best kan?? 
Sebenarnya set shaklee ni bukan setakat untuk membantu merawat masalah resdung sahaja, tetapi mempunyai banyak manfaat lain juga yang bagus untuk kesihatan secara menyeluruh.

Jadi, untuk yang ada masalah resdung, boleh cuba set resdung daripada Shaklee ni. Boleh pilih nak set resdung yang mana mengikut budget masing-masing.

Nak tahu lebih lanjut atau nak order boleh direct whatsup
Shila

PENAFIAN: 
Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat daripada doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.


Rahsia kulit cantik dengan Vitamin Cantik Harga Rahmah

Pernah tak terdetik dalam hati nak kulit cantik, glowing dan dan kulit sihat tanpa sebarang masalah?  Bila berjumpa keluarga atau kawan-kawa...