Ramai yang tertekan kan bila berat badan makin naik setiap bulan? Rasa macam tak selesa bila berat makin bertambah, perut makin buncit, muka dah nampak double chin, pipi makin tembam dan badan makin cepat penat. Jalan sikit pun dah rasa termengah-mengah, semput. Walaupun dah usaha macam-macam cara untuk kurus, tetapi tidak berjaya dan akhirnya kita pun jadi stress dan putus asa.
Apa jadi bila kita stress? Kita teruskan amalkan gaya hidup seperti sebelum ini. Kesannya, berat badan bukan makin turun, tetapi makin meningkat. Itulah puncanya kenapa kita tidak berjaya turunkan berat badan. Disebabkan gaya hidup yang tak sihat dan kita masih kekurangan ilmu tentang cara pemakanan yang betul.
Jadi, kali ni shila nak share sedikit tentang tips turunkan berat badan secara sihat kepada semua, inshaAllah tips ini sedikit sebanyak dapat membantu korang yang susah nak turun berat badan.
TIPS TURUNKAN BERAT BADAN
1) Latihan/ senaman
Latihan cardio dan senaman adalah yang terbaik kerana ia akan menolong dalam meningkatkan calorie output dan juga menambahkan otot. Pastikan bersenam sekurangnya 3 kali seminggu. Senaman ringan yang elok dijadikan rutin adalah joging, sit up, kayuhan basikal, skipping, jumping dan lompat bintang. Namun, perlu diingatkan bahawa orang yang obesiti tidak sesuai senaman yang lompat-lompat. Ia akan memberi kesan yang bahaya kepada lutut. Lutut akan mendapat tekanan yang kuat.
2) Makan secara kerap
Dengan makan 5-6 kali sehari dalam kuantiti yang sedikit, sistem-sistem badan sentiasa beroperasi dan menjadikan badan sentiasa aktif. Ini akan meningkatkan kadar metabolisme. Kebiasaannya, ramai yang memilih untuk makan sehari 2x sahaja, waktu pagi dan petang. Cara ini hanya akan membuatkan metabolisme badan semakin perlahan kerana tiada makanan yang masuk.
Badan akan menyimpan lebih banyak lemak dan membuatkan selera makan bertambah pada meal yang seterusnya. Ini akan mengakibatkan berat badan tidak akan turun dan badan akan berada dalam mode craving. Oleh itu, makanlah secara kerap setiap 3 jam dengan makanan yang seimbang dari segi protein, karbohidrat sihat dan lemak baik.
3) Minum air kosong secukupnya
Air merupakan kandungan utama dalam badan. Kurang air boleh menurunkan kadar metabolisme. Kita mestilah meminum air masak/ plain water dengan cukup supaya badan lebih sihat dan memudahkan lagi pelancaran nak menurunkan berat badan. Bagaimana nak tahu air cukup atau tidak? Kuantiti pengambilan air sebenarnya bergantung kepada banyak faktor antaranya pengambilan ubat, aktiviti seharian, metabolisme badan dan lain-lain lagi. Sebagai contohnya, orang yang mengambil ubat-ubatan memerlukan kuantiti air yang lagi banyak daripada mereka yang tidak mengambil ubat-ubatan.
4) Tidur yang mencukupi
Tidur mestilah cukup 7-8 jam setiap hari. Jika tidak cukup tidur, kadar metabolisme akan menjadi rendah dan melambatkan proses penurunan berat badan. Banyak kesan sebenarnya jika kita kurang tidur atau lewat tidur antaranya adalah ganguan hormon. Masalah hormon ini juga sebenarnya yang menjadikan kita sukar untuk turun berat.
Selain itu, jika kita suka tidur lewat, perut akan menjadi lapar di tengah malam. Kalau dibiarkan nanti akan jadi gastrik atau sakit perut pula. Tetapi kalau makan di tengah malam, tidak bagus sebab nanti kita akan tidur selepas itu dan ini akan menyebabkan berat badan makin meningkat. Oleh itu, untuk kesihatan, kecantikan, dan nak turunkan berat badan penting untuk cukupkan tidur dan jangan tidur lewat.
5) Jangan hanya kira kalori
Jika ingin mendapatkan result turun berat yang cantik, pastikan kita tahu apa yang kita makan. Jangan hanya mengambil kira soal kalori kerana rendah kalori tidak semestinya sihat ye. Sebagai contoh, salad dan buah adalah 120 kalori, sama dengan 1 keping biskut dan nescafe 3 in 1. Tetapi nilai nutrisi jauh berbeza kerana biskut dan nescafe 3 in 1 mengandungi jumlah lemak dan gula yang tinggi didalamnya dan ini akan menyukarkan penurunan berat badan.
Manakala, sayur dan buah-buahan membekalkan antioksidan dan serat, rasa kenyang lebih lama, melancarkan pencernaan dan bantu penurunan berat badan lebih cepat. Jadi, pilihlah makanan yang rendah lemak, rendah kalori, rendah karbo, tinggi protein dan daripada sumber vitamin yang banyak.
6) Ambik Set Kurus Shaklee
Bagaimana produk Shaklee sangat berkesan dan dapat menjadikan anda kurus? Produk Shaklee untuk kurus adalah terdiri daripada set-set yang akan membuang toksin atau lemak secara semulajadi dan seterusnya dapat menjadikan badan anda lebih sihat dan bertenaga. Terdapat tiga peringkat yang mesti dilalui untuk kurus sihat dengan mengamalkan konsep 3B ( Bakar, Buang dan Bina).
Bakar (Memecahkan Lemak dan Kolestrol)
Lecithin
- Membantu proses memecahkan dan mencairkan lemak terutama kolestrol supaya mudah dibawa keluar dari tubuh
- Mencegah lemak dari melekat pada dinding membrane
- Membantu menghalang pembentukan lemak baru dari makanan yang kita ambil
- Mengurangkan lemak yang tersekat di pembuluh darah
- Menurunkan total serum kolestrol dan meningkatkan kolestrol baik (HDL)
Omega Guard
- Membantu memecahkan lemak lama dalam tubuh seperti bawah kulit, di dalam salur darah dan lemak yang menyelaputi organ
- Mengawal selera makan dengan menghasilkan hormon leptin yang menyekat selera makan
- Mencegah salur darah tersumbat
- Membakar lemak untuk tenaga
- Meningkatkan kadar metabolisme
Buang (Detox atau membuang lemak dan toksin dalam badan)
Alfafa Complex
- Bertindak sebagai fiber yang membawa keluar lemak-lemak yang telah dipecahkan oleh Lecithin dan Omega Guard
- Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
- Membantu asimilisasi makanan dan metabolism protein dan lemak
- Memgandungi saponin yang bertindak menyerap serat kolestrol
- Mencuci hati, darah dan usus kotor. Toksin yang banyak dalam badan punca berat badan susah nak turun
- Sesuai diambil oleh ibu menyusu kerana ia juga bertindak sebagai milkbooster
Herblax
- Kombinasi dari tumbuhan yang terkenal secara tradisional membantu masalah sembelit dan pergerakan usus yang tidak sihat
- Menyingkirkan toksin dari usus
- Membantu pelawasan
Bina (Membina Otot)
Cinch Shake dan ESP
- Memperlahankan aliran makanan dalam usus yang menjadikan kita berasa kenyang dengan lebih lama dan kurang makan
- Mempunyai Index Glisemik yang rendah. Makanan yang mempunyai nilai GI yang rendah akan membebaskan glukosa dengan perlahan-lahan dan akan meningkatkan glukosa dan hormon insulin secara berperingkat ( kandungan GI ESP: 39/ Cinch Shake: 22)
- Mengandungi leucine yang dapat menjaga tisu otot ketika proses penurunan berat badan (Kandungan Leucine dalam Cinch Shake lebih tinggi dari ESP
Berminat nak dapatkan Set Kurus Shaklee ini, bolehlah terus menghubungi shila di 019-9064797 atau boleh klik gambar di bawah ini untuk pautan whatsapp.
PENAFIAN:
Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.
No comments:
Post a Comment