Friday, March 24, 2023

Vitamin Dan Suplemen Shaklee Untuk Ibu Hamil

 
Perlukah Mengambil Vitamin atau Suplemen Sepanjang Kehamilan?



Apabila mendapat perkhabaran gembira tentang kehamilan, seorang bakal ibu pastinya akan merujuk dan mencari sumber terbaik bagi bayi yang bakal dilahirkan. Bagi memastikan kehamilan yang sihat, diet seimbang adalah cara terbaik bagi mendapatkan nutrient yang diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan. Justeru itu, ibu hamil disarankan mengambil makanan yang berkhasiat dan mengandungi semua vitamin dan mineral. 

Walau bagaimanapun, terdapat juga sesetengah ibu hamil yang tidak dapat memakan makanan yang mengandungi nutrien tertentu atas faktor alahan teruk, mual, loya dan muntah-muntah diawal kehamilan. Oleh sebab itu, pengambilan vitamin dan suplemen sangat digalakkan bagi melengkapkan keperluan nutrien yang diperlukan oleh ibu dan untuk tumbesaran bayi dalam kandungan. Hal ini demikian kerana, pengambilan vitamin dan suplemen dapat mengurangkan risiko kecacatan bayi, kelahiran pramatang dan kekurangan berat bayi.


Vitamin dan Suplemen yang Penting Untuk Kehamilan Sihat




Ibu hamil disarankan mengambil vitamin dan suplemen mengikut keperluan dirinya atau atas saranan doktor dan ahli farmasi. Untuk bakal-bakal ibu yang keliru nak makan vitamin apa, shila nak suggestkan Set Hamil Shaklee. Bukan sahaja membekalkan vitamin dan nutrisi secara semulajadi kepada ibu, malah tumbesaran bayi juga terpelihara.

Masa hamil inilah yang sangat penting bagi memastikan bayi dan ibu mendapat nutrien baik dan secukupnya. Caranya ialah ibu perlulah memakan makanan yang berkhasiat dan mengambil vitamin-vitamin khas Shaklee untuk ibu hamil yang membantu menyokong tumbesaran janin atau bayi dengan baik.

Set Hamil Shaklee sangat sesuai untuk semua jenis wanita samada yang berkerjaya mahupun suri rumah.  Set Shaklee ini mengandungi kebanyakan nutrisi yang diperlukan oleh ibu hamil. Malah, ibu hamil boleh mengamalkan set vitamin ini sepanjang 9 bulan kehamilan sehinggalah ketika berpantang, menyusu dan sepanjang hayat ibu.

Nutrisi yang penting untuk seorang ibu hamil titikberatkan adalah multivitamin termasuk zat besi, vitamin c, asid folik, omega-3, vitamin D dan kalsium. Malah, Asid folik dan kalsium wajib diambil dari mula merancang kehamilan lagi. Seorang ibu hamil perlu mengambil bijirin dan sayuran hijau yang banyak untuk memenuhi keperluan acid folic, protein dan juga karbohidrat untuk tenaga. 

Kekurangan zat besi akan menyebabkan ibu hamil mendapat masalah anemia yang boleh mengancam kesihatan ibu dan bayi. Bagi ibu yang mengalami masalah kesihatan atau penyakit tertentu, harus meneruskan bekalan ubat yang diberikan oleh doktor. Set Hamil Shaklee tidak berperanan sebagai ubatan atau penyembuh penyakit, tetapi membantu meningkatkan tahap kesihatan dan melengkapkan keperluan nutrisi yang diperlukan oleh ibu dan bayi.


Vitamin yang ada dalam Set Hamil Shaklee




Protein: ESP Shaklee

ESP sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. ESP juga memberikan tenaga kepada ibu hamil terutamanya yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga dapat memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ESP ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah.


Kalsium & Magnesium : Ostenutrix 

Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi. Ibu hamil yang mengamalkan ostenutrix shaklee ini mendapat sumber kalsium yang terbaik kerana ia tidak mengandungi lemak berbanding ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu lain. Kalsium sangat penting untuk membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot, sakit pinggang, lenguh-lenguh, kebas kaki/tangan dan juga bantu atasi masalah susah membuang air besar. Ostenutrix ni wajib diambil oleh ibu hamil yang tidak suka minum susu.


Vitamin B & Asid Folik : B- Complex With Acid Folid 

Vitamin B Complex mengandungi folik asid dan biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon. Vitamin B juga sangat penting untuk pembentukan tulang tengkorak anak didalam kandungan. Sebab itu sangat penting untuk ambik vitamin B-Complex dari awal kandungan. Vitamin B ini juga membantu tukarkan gula berlebihan dalam darah kepada tenaga. InshaALLAH dapat elakkan masalah GDM semasa kehamilan terutama ibu-ibu yang suka makan manis.


Zat Besi atau Iron: Vitalea

Vitalea Shaklee adalah multivitamin dan multimineral yang mengandungi nutrisi bersamaan 40 jenis lauk pauk. Vitalea mengandungi zat besi untuk membentuk semula sel darah merah. Ibu hamil perlu mengamalkan Vitalea Shaklee ni sejak dari awal kehamilan terutamanya ibu hamil yang ada masalah tekanan darah rendah. Iron juga sangat membantu untuk memastikan bacaan HB ibu hamil cantik dari awal kandungan. HB low ni sangat merbahaya kerana ibu hamil berisiko untuk mendapat masalah bayi pramatang.


Omega-3, DHA dan EPA: Omega Guard Shaklee

Omega Guard Shaklee sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Bagi ibu hamil yang ada masalah BP dan kolestrol pun sangat bagus untuk amalkan Omega Guard ni. Ia juga dapat membantu memecahkan lemak di dalam tubuh sekaligus dapat membantu ibu hamil mengawal berat badan dan mengelakkan berat badan naik mendadak semasa hamil.


Vitamin C: Sustained Release Vita-C Plus Shaklee

Sebiji Vitamin C Shaklee bersamaan 7 setengah biji oren dan memenuhi keperluan Vitamin C minima badan iaitu 500mg. Vitamin C Shaklee sangat unik kerana tidak mempunyai pewarna dan pengawet tambahan. Malah, ianya bersifat sustained release dan akan dilepaskan secara berperingkat mengikut keperluan badan kita. Ibu hamil sangat disarankan untuk mengambil vitamin untuk boost immune system. 


Feedback Set Hamil Shaklee

Untuk pengalaman mengandung yang bertenaga dan sihat, amalkanlah Set Hamil Shaklee dengan konsisten. Set ini menyokong nutrisi yang baik kepada ibu dan bayi dalam kandungan. Perkembangan bayi berjalan dengan baik, HB darah ibu cantik, dapat kawal GDM dengan baik, malah ibu makin bertenaga dan sihat sepanjang kehamilan.

Buat ibu hamil di luar sana, jaga diri cukupkan nutrisi badan anda dengan Set Hamil Shaklee. Banyak feedback positif yang kita terima daripada ibu hamil yang mengamalkan  Set Hamil ini.








Berminat nak dapatkan Set Hamil Shaklee ini, bolehlah terus menghubungi shila di 019-9064797 atau boleh klik gambar dibawah ini untuk pautan whatsapp.




PENAFIAN:
Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.


No comments:

Post a Comment

Rahsia kulit cantik dengan Vitamin Cantik Harga Rahmah

Pernah tak terdetik dalam hati nak kulit cantik, glowing dan dan kulit sihat tanpa sebarang masalah?  Bila berjumpa keluarga atau kawan-kawa...